MARA KOMITED BANTU USAHAWAN BIDANG AUTOMOTIF. Dato Dr Zuraidi Ishak


MARA KOMITED BANTU USAHAWAN BIDANG AUTOMOTIF.

October 14, 2016


Seiring dengan peranan dan amanah yang diberikan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu memajukan sektor keusahawanan Melayu dan Bumiputera, MARA mengorak langkah serius dengan mewujudkan Program Mara Integrated Smart Auto (MISA) bagi membantu usahawan -usahawan yang berminat untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka di dalam bidang perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan ini.

Menteri di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Ismail Sabri Yaakob berkata, salah satu kluster bawah pembangunan infrastruktur komersial MARA, adalah bidang automotif dengan menyediakan kemudahan MARA Integrated Smart Auto (MISA).

Katanya, MISA turut bekerjasama dengan Institut Automotif Malaysia untuk membantu usahawan automotif dari segi kemudahan latihan keusahawanan 'hands hold coaching'.

"Menerusi program ini, peruntukan pembiayaan sehingga had maksimum RM5 juta boleh diberikan kepada usahawan. Manakala bagi syarikat Enterprise pula diberi pembiayaan sehingga RM500,000

"Objektif utamanya adalah untuk mewujudkan usahawan yang ada kemahiran dalam bidang automotif ke tahap berdaya saing dan maju,"katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, MISA juga melaksanakan pendekatan 3S dalam memberi kemudahan kepada usahawan, iaitu menjalankan perniagaan yang merangkumi sale, service dan spare parts.

Beliau menambah, fokus atau skop pembiayaan turut diberikan dalam pembelian mesin dan peralatan,modal pusingan serta ubah suai bengkel atau bangunan.

"Peruntukan berjumlah RM41 juta telah disediakan bagi melancarkan perjalanan progra MISA ini apabila MARA menerima RM35 juta dalam Rncangan Malaysia ke -10 (RMK-10) dan RM6 juta dalam RMK-11.

"Sehingga kini, jumlah keseluruhan usahawan MISA di seluruh negara adalah seramai 27 .usahawan yang menjalankan pelbagai perniagaan melibatkan bidang automotif," katanya.

Beliau berkata, syarat umum yang dikenakan bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini adalah usahawan bumiputera yang tidak melebihi umur 60 tahun dan mempunyai kemahiran serta pengalaman teknikal sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang berkaitan.

Selain itu, usahawan juga perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menyediakan cagaran dalam tiga bentuk, iaitu penjamin, atau jaminan menggunakan tanah atau deposit sebanyak 10 perayus daripada jumlah pinjaman.

Katanya lagi, MARA turut bekerjasama dengan nama-nama besar dalam sektor automobil seperti NAZA, Proton dan Perodua bagi melahirkan usahawan yang kompeten, progresif, berpendapatan tinggi dalam sektor ini.- KKLWHARIINI

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment